Cik Nurul Nabila :')

Cik Nurul Nabila :')

Sunday, February 13, 2011

TERAPI PERSAHABATAN !


Korang NAK TAHU cara terbaik untuk MENGHARGAI SAHABAT ? Warnai HARI - HARI BAHAGIA bersama sahabat kerana sahabat PATUT MENERIMA PENGHARGAAN YANG SEWAJARNYA daripada korang . Kalau korang nak tahu , inilah salah satu TERAPI PERSAHABATAN yang PALING BERKESAN dalam usaha memastikan ia kekal bertahan buat selama - lamanya .....



1.) BERSYUKUR

Bersyukurlah kerana korang dianugerahi seorang sahabat yang amat memahami dan setia bersama korang walau dalam apa jua keadaan . Tidak semua orang beruntung dalam persahabatan . Dengan mensyukurinya korang pasti terfikir seribu kali sebelum mensia - siakannya .....



2.) JADI PENDENGAR

Ada masanya masalah mahupun cerita suka atau duka korang didengari oleh sahabat . Ada masanya juga korang perlu menjadi pendengar . Berkongsi luahan sahabat itu boleh membuatkan sahabat rasa dirinya dipedulikan dan sedar bahawa korang akan sentiasa berada di sisinya dalam apa jua keadaan .....




3.) JANGAN MENIPU

Mula berbohong akan menjadikan korang hilang sahabat . Jadi , walau dalam apa jua keadaan sekalipun , pastikan korang tidak sesekali berbohong . Jangan jadikan sikap berbohong sebagai salah satu pilihan korang walau dalam apa jua keadaan .....



4.) BERI PENDAPAT

Setiap kali dilanda masalah , kita pasti memerlukan pendapat dan pandangan sebagai perspektif kedua buat diri kita membuat pilihan dan sebagainya . Begitu juga dalam persahabatan . Korang perlu saling membantu dan memberi pandangan antara satu sama lain . Itulah guna nya sahabat . Siapa tahu , mungkin korang boleh membantu si sahabat meleraikan kebuntuannya . Tapi ingat , korang hanya boleh memberi pandangan dan bukannya memaksa sahabat mengikut pandangan korang .....



5.) TONJOLKAN KEPRIHATINAN

Sesekali korang perlu kirimkan SMS atau kad kepada sahabat sebagai tanda korang ingat kepadanya . Kirimkan SMS atau kad yang mengandungi kata - kata betapa beruntungnya korang kerana memiliki sahabat sepertinya dalam hidup ini .....



6.) JANGAN MENGADILI

Jangan terburu - buru menghakimi sahabat jika dia melakukan sesuatu perkara yang tidak korang gemari . Cuba korang selidiknya terlebih dahulu dan cuba menempatkan diri korang dalam diri sahabat . Mungkin ada sesuatu yang belum korang fahami . Sahabat pasti akan menghargai sokongan korang itu .....



7.) BATAL MENDADAK

Sahabat yang memahami pun lama kelamaan akan jemu dengan sikap korang yang suka membatalkan setiap temu janji yang korang aturkan bersamanya . Kalau sekali dua , mungkin ia tidak menjadi masalah . Tetapi jika korang selalu membatalkan temu janji korang dengan sahabat semata - mata untuk memuaskan hati orang lain , sudah tentu lama kelamaan si sahabat tidak akan mempedulikan korang . Oh tidak .....



8.) MEMAAFKAN

Setiap orang pernah melakukan kesilapan . Setiap kesalahan yang dilakukan oleh orang lain terhadap diri kita , tidak salah untuk kita menunjukkan rasa marah kita itu . Tapi ingat , setelah itu maafkanlah sahabat dan lupakan semuanya . Buang yang keruh dan ambil yang jernih . Belajar menjadi pemaaf kerana tidak mustahil satu hari nanti mungkin kita juga boleh membuat kesalahan yang boleh menimbulkan rasa marah terhadap orang lain . Lebih baik untuk kita belajar untuk hidup saling bermaaf -maafan antara satu sama lain .....



9.) JANGAN TERLALU SIBUK

Sesibuk mana pun korang , pastikan korang masih berkesempatan meluangkan sedikit masa untuk sahabat . Paling tidak , cubalah menghubungi sahabat dengan menelefonnya . Sesekali , korang patut mengatur pertemuan dengan sahabat .....



10.) GEMBIRA BERSAMA

Jangan lupa ketawa dan bersuka ria bersama sama sahabat . Kerana inilah erti persahabatan , suka duka dikongsi bersama .....




( TIPS & TRIK BILA BUAT SALAH )

Siapa yang TAK PERNAH BUAT SALAH ? ADA ke ? Jadi , TIDAK MUSTAHIL pergaduhan akan berlaku pada bila bila masa sahaja dalam persahabatan . Pasti korang PERNAH MELAKUKAN KESILAPAN DENGAN SAHABAT ! Jadi , bagaimana korang ingin memperbaiki hubungan tersebut ?



TUNGGU DULU
Jangan pernah bertangguh untuk mengucapkan kata maaf kepada sahabat . Makin lama korang tunggu , makin sukar untuk korang meluahkan kata maaf itu . Jadi , setiap kali korang melakukan kesalahan , terus saja meminta maaf .....



CARI - CARI ALASAN
Orang yang suka beralasan sewaktu meminta maaf adalah individu yang seolah olah sukar untuk mengakui kesalahan diri dan tidak mahu bertanggungjawab ke atas kesalahan diri sendiri . Jadi , korang jangan sesekali beralasan sewaktu meminta maaf dengan sahabat . Selepas melakukan kesalahan , ucap sahaja kata maaf . Tanpa perlu berleret leret memberi alasan yang mungkin boleh memberikan rasa menyampah pada orang lain .....



JANGAN MENGULANGINYA

Belajar dari kesalahan dan jangan mengulanginya . Mengulangi kesalahan yang sama terus menerus akan membuat sahabat terfikir bahawa korang tidak bersungguh - sungguh menyesali kesilapan diri korang .....

No comments:

Post a Comment