Cik Nurul Nabila :')

Cik Nurul Nabila :')

Wednesday, July 11, 2012

5 WANITA YANG SAYA KAGUMI :')

Assalammualaikum :')


Saya memang kagumi mereka . Mesti korang tertanya tanya kenapa kite boleh kagum dengan diaorang ? haa , meh sini meh . kite nak cerita . Aspek aspek ny yang membuatkan kite kagum dengan diaorang . 


1.) PUAN ROSNAH BINTI SAADON 
ASPEK PENGORBANAN :')




Ini ibu kite . Apa sebab kite kagum dengan dia ? sebab dylah orang yang paling banyak berkorban utuk kita . Asal nak buat semua kerja mesti dimulakan dengan panggil ibu . Daripada sekecil kecil hal sampai sebesar besar hal mesti melibatkan ibu . Mengada sangat dah dengan ibu . Pengorbanan ibu terhadap along tak boleh diganti dengan sesiapa pun . Walaupun along jatuh , berjaya , ibu selalu ada . Semua cerita kat ibu . Tak tau nak cari siapa selain ibu . I love you ibu .


2.) NURFATIHAH BINTI MD JAH 
ASPEK PERSAMAAN & KEDEGILAN :')




Ny adik kedua kite . Kawan kawan dy panngil Teah , kite panggil dy Toyah . haha . Dy ny makin hari makin degil , susah nak dengar cakap . Sejak dah ade boyfriend ny . Nak nasihat serba salah , tak nasihat  pun serba salah . selalu kena marah dengan kite . Tapi bila difikirkan kelakar sangat . sebab apa , sebab apa yang jadi pada diri dy macam kite mase time sekola dulu . Walaupun tak lah sebijik macam dy , tapi ade la  sikit sikit . Kite sayang dengan dy , sebab tu kite tegur dy demi kebaikan dy jugak kan . Kadang kadang terfikir jugak yang dy tu degil sebab ikut perangai kite . lalala ~


3.) NOR AFNI BINTI SHAWAL
ASPEK KETABAHAN :')




Cantik kan ? dy ny lah my boss . Pemilik PAKWAL CANOPY AND WEDDING SERVICE . Kite memang kagum dengan kesungguhan dy . Dy nampak relax je walaupun sebenarnya dy sedih . Dy nampak tabah pada luarannya . Akak , akak memang cantik sangat . Bukan setakat cantik je , dy pandai mengandam , menjahit , masak . Senang cerita dy memang talented . Dy sungguh sungguh buat sesuatu kerja biar kerja yang dy buat tu nampak perfect :') cayalah kak .


4.) AIREEN UMI MAISARAH BINTI MOHAMAD ANUAR
ASPEK KEJAYAAN 




Ny kak Arah . Akak akmal amsyar . kite kagum dengan dy sebab sebagai seorang perempuan , dy mampu berbangga dengan diri dy sendiri . sebab dy dah miliki kejayaan setanding dengan orang lain . dy dah ade degree dalam teknologi makmal perubatan . Hebat kan dy ? Pandainya de . kite kagum sangat dengan dy . Perangai dy sempoi je , mesti semua orang senang rapat dengan dy . Macam ny lah Perempuan zaman sekarang . Pandai :') Hope kite boleh jadi macam dy . ny bukan bodek ye kak arah . hikhik .


5.) SYAZA IZZATI BINTI MOHD YUSOF
ASPEK KECANTIKAN :')




Lebih dikenali dengan panggilan Syaza Maya . Manis kan orang nya ? Kite memang kagum dengan kecantikkan dy . Dy roomate kite mase dekat uitm segamat dulu . Orang nye bukan je lawa , cakap lembut je . Memang comel sangat . Walaupun dy cantik , dy tak sombong langsung :') kak za , sejak kak za bertudung , kak za nampak makin lawa tau . Kite harap kak za dapat sambung degree ye . Tak pun , kak za teruskan je dengan lakonan kak za tu . mane tau satu hari nanti kak za dapat jadi heroin ke . hihi . sayang kak za . stay lawa and comel ye . love you :')




So , conclusionnya , sebagai seorang wanita , anda perlu ada ciri ciri ny okay . 


PENGORBANAN + KETABAHAN + KEJAYAAN + KECANTIKAN = WANITA :')
*beruntung tau anda dilahirkan sebagai seorang wanita/perempuan/gadis ny *

Friday, May 4, 2012

stewardess wannabe :')

Assalammualaikum :')

Hye . bosan kan duduk rumah macam mem besar tanpa buat sebarang kerja rumah ? yang kita tau , bangun tidur time matahari dah dok terpacak , time ayam ayam dah tak da suara untuk berkokok , time ibu dah angkat baju balik setelah kering , time ibu dah balik ambil budak budak sekolah , time ibu dah menyapu rumah buat kali kedua nya ! haha , heaven . teruk kan ? 

Okay , itu bukan persoalannya . Yang menjadi persoalannya sekarang , i dapat jadi stewardess ! yeayhh . ape bende alah stewardess tu ? makanan macam mee segera ke macam mee sedap tu ? okay , pramugari lah sayang ! bayangkan , dengan make up yang cantik , dengan sikap yang peramah dan ada unsur gedik gedik sikit layan penumpang . ehem ehem . sir , do you want coffee , tea or me ? haha . tidak tidak tidak . saja buat propa ! hello ? adakah budak macam saya boleh jadi pramugari ? rasanya yang lain pass , tapi tinggi kurang pass . tett ! kalau pakai heels setinggi lima enam inci baru boleh kot :') 

itulah cita cita budak kuat berangan masa zaman hingus kat hidung dulu . konon kononnya nak jadi pramugari , dengan niat di hati kot kot ada ke mamat pilot terjatuh , terguling depan mata turun ke hati ! euirr , sangat lah perasan tahap teratas . Bella ta sama macam budak yang lain . masa kecik kecik dulu memang minat sangat pakai dress , pakai heels . seingat bella , ibu start belikan heels untuk dipakai masa darjah 1 ke 2 . memang minat dari kecik . dan hasilnya , boleh tengok sekarang . cuma kalau nak pakai heels pon mase duduk rumah nak pakai pergi mana ? nak  pakai heels masa pergi kedai , beli jajan rota , beli eskrem seposen , beli gula gula guava limaposen  ? sah dah buang tebiat . 

Memang daripada kecik Bella sangat suka dengan kerjaya yang memababitkan dunia dunia glamour . ececeh . Gelak sambil hentak kaki and guling guling sikit ye ? Bella tak berminat langsung untuk buat kerja yang membabitkan kudrat dan tenaga sampai nak tercabut segala gala urat yang ada . means , dalam erti lainnya , kerja berat berat . i lembut lah you . mana boleh buat kerja berat berat . boooooo . haha .

So , kalau diikutkan , dari zaman pakai gaun singkat singkat , comot comot sampailah pakai baju kurung ny , ala ayu ayu gituu , bella tak tau lah nak jadi apa . Tapi lagi 1 , Bella suka jugak kerja dekat taska ke , tadika ke . Bagi Bella , kerja dengan kanak kanak lagi best . Tapi nak kene tahan je dengan kerenah dyorang yang banyak cekadak tu . haihh . Mase sekolah rendah pernah jugak berangan nak jadi cikgu tadika ke , cikgu taska ke . Alhamdulillah , dulu masa lepas habis spm , dapatlah jugak merasa keadaan handle budak budak kat taska . rindu dyorang :'( sobsob .

Boleh tak tolong sponsorkan Bella nak belajar dekat kolej penerbangan malaysia ? dah dapat tawaran ! banyak jugak tawaran datang dalam bidang penerbangan ny :') kalau nak sponsor Bella , sila sms ON BELLA hantar ke 22717 . haha . okebye !

Thursday, April 26, 2012

hi , saya kanak kanak ribena :')

Assalammualikum :)

Rindu pulak dengan belog ny rasanya . Tengah duduk duduk bosan , baik update sat sementara tunggu time nak mandi . hikhik . Okay , hari ny Bella nak share pasal pengalaman mase kecik kecik dulu . iye lah kan , bile dah rasa macam gadis remaja purba ny , teringin nak jadi comel comel macam dulu . Ikat tocang kat rambut , pakai gaun bereben reben bila kelua . Time tu kalau comot pon orang still cakap ''comelnya budak ny'' . Cuba kalau sekarang ny comot comot , mesti orang cakap ''euirr , dah besar besar pun macam apa je . cubalah jadi matang sikit'' ! kan kan , okay , ta yah tipu . kita sama .


masa time sekolah rendah , teringat lah time cikgu sara , cikgu math soal sifir dalam kelas . Menggelabah jugak time tu . haha . semua okay macam tu . Dah lah spontan spontan je dy tanya . tak silap masa darjah 3 . Bella paling takut kalau kene soal macam 7x7 , 8x8 . jangan tanya sebabnya . masa darjah enam bajet bajet pandai . Bella tak pandai pun . macam cikgu muhammad cakap , baik jadi student underdog . bila keluar result , woww ! cakap pasal cikgu muhammad , teringat masa kene jawab soalan spontan maths . alaaa , cek lupa na apa nama bende tu . memang best jugak . salah 1 , 1 kutil . kutil tu mende alah apa ? menurut kamus dewan cikgu muhammad , kutil tu dikenali jugak dengan cubitan tapi halus je . korang paham dak ape Bella cakap ny ?


sekarang , masa time elya , adik Bella yang kecik ny yang tadika , setiap aktiviti dy dok sibuk ny nak pergi . haha , Bella yang terlebih excited . Sorry , kite tak boleh tinggal sesorang lah , takut . mengada betul lahh . hihi . masa penyampaian sijil time tadika dulu , Bella buat persembahan ape eak ? ape ntah nama dy , macam makyung , macam zapin . haha . best . rinduu nak jadi budak kecik . Lagi 1 hobi di masa lapang , selalu main pasir kan ? najaa ketua . haha . jiran Bella . Teringat main make up make up dengan dy , siap berangan lagi tu nak berjalan atas runway . kemain lagi Bella dok mengeluarkan make up , gaun . najaa pulak sponsor kasut . habis kasut ibu dy . ingat lagi kan najaa ? best sangat . itu belum lagi kira main masak masak . macam macam kiteorang buat . tapi sekarang kalau buat macam tu lagi , orang cakap buang tebiat . 


time sekola menegah , selalu kiteorang akan lambat . setiap pagi . bila dah lambat , Bella dengan Najaa apa lagi ? mula lah aktiviti larian maraton di pagi hari . semput weyh . lama dah biasa . bila naik bas sengih sengih sebab nak cover malu dengan paklan . cuba lah korang try lari dengan pakai baju kurung sekolah , bawak buku kat tangan , mana lagi nak sandang beg . bagi lelaki jangan bayangkan . hewhewhew .


Sekarang , semua dah sibuk nak kejar impian masing masing . semua dengan hidup masing masing . semua dah tak de mase untuk semua tu . sedangkan kadang kala masa untuk diri sendiri pun susah dapat sebab nak penuhkan tuntuan kehidupan . kenangan kan ? Bella macam ny je lah . dari dulu sampai sekarang . mungkin ada perubahan , mungkin tidak

Thursday, February 23, 2012

Perkahwinan di usia muda :')

Assalammualaikum :')


KAHWIN MUDA ? BERSEDIA ?


Macam yang kita dapat tengok sekarang , ramai pasangan pasangan muda mengambil langkah untuk kahwin awal . Masa study dekat universiti pun dyorang dah ambil keputusan untuk mendirikan masjid . Wah . Seriously saya sangat bangga dengan korang . Alhamdulillah .Tapaya na couple bertahun tahun and kalau ta rasa serasi putus jugak . Membazir kan ? Indahnya bercinta lepas kahwin . Kan kan ?




Kita mampu merancang . Tuhan menentukan . Kalau rezeki kita cepat untuk kahwin . Bila bila pun sampai jodoh . Kalau Tuhan tentukan jodoh kita cepat ke lambat , kita hanya mampu berusaha :') hikhik . Kalau na cakap pasal isu kahwin cepat ini , korang teringin ke ? I teringin jugak , tapi i tau , i ta mampu *euirr , gedik .

Kita kene ingat , kalau kita kahwin muda bukan sebab na ingat seronok je . banyak tau kita kene fikirkan . Antaranya :


Macam mana nak beri nafkah pada isteri masa belajar ?
FIRMAN ALLAH S.W.T : “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” – (An-Nur:32)


Macam mana nak cari modal majlis perkahwinan masa belajar ?
SABDA RASULULLAH S.A.W : “Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya.” – (H.R. Thabrani)


Tidak terlalu awal untuk berkahwin ?
SABDA RASULULLAH S.A.W : “Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi.” – (H.R. Tirmidzi dan Ahmad


Bersediakan untuk saya kahwin awal ?
Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya..”


Macam mana restu ibu bapa ?
UMAR BIN AL - KHATTAB R.A BERKATA : Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka.” – (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)






Perkahwinan di usia muda ta mudah , namun ta susah . Asalkan kita pandai mengimbangkan masa , kehendak , keperluan . It's okay dear kalau awak na kahwin awal . Pandai pandai menyesuaikan diri dengan status yang disandang sebagai isteri orang . Kita boleh buat kalau kita nak kan ? 








Tapi , awak perlu tahu , kahwin awal bukan sekadar menyatukan cinta antara dua hati sahaja , tapi awak kene fikirkan bagaimana nak mengharungi masalah dan dugaan berumah tangga ny . Nak kene fikir belanja dapur , kalau dah ada anak kene beli keperluan anak , kemas rumah , memasak , jaga anak , bahagiakan keluarga . Amacam ? Sedia ke tidak  ? 


Apa pun keputusan dan pilihan anda , selalulah meminta petunjuk yangMaha Esa :')



Wednesday, February 22, 2012

Bersediakah berubah ?

Assalammualaikum :')


Hari ny Bella tertarik na cakap pasal ny :')


HIJAB : BERSEDIAKAH UNTUK BERUBAH ?




Okay , sebagaimana kita tahu , alhamdulillah , sekarang pun dah makin ramai yang berhijab . Dulunya jika mereka lebih selesa dan memilih untuk FREE HAIR , sekarang ramai di kalangan remaja khususnya mula mengambil langkah untuk berhijab . Tak tahulah sama ada mereka berhijab untuk mengikut trend ataupun mahu memenuhi tuntutan menutup aurat sebagai kewajipan agama :') 


Antara mengikut tuntutan agama , mahupun mengikuti perkembangan fesyen , mana satukah yang anda pilih ? Tidak dapat dinafikan , remaja sekarang lebih gemar memakai hijab yang mengikut arus kemodenan fesyen . Tidak ketinggalan seperti saya juga . Anda menggemari fesyen seperti ini :


PENGASAS GAYA TUDUNG HANA TAJIMA- SIMPSON :')













My name is Hana Tajima-Simpson, I'm 23, with a Japanese father and English mother. I have a pretty mixed background, both my parents are artists, so I grew up in a really creative environment. I didn't study fashion for that long, and although I am a self-confessed geek I never really got along with formal education.

I didn't want to lose my love of designing, so I left the fashion course I was on. It's less of a contradiction than it sounds


GAMBAR : CREDIT TO ENCIK GOOGLE 
BIODATA : CREDIT TO HANA TAJIMA - SIMPSON BLOGSPOT :')


Cantik kan dy ? Saya mula kenal dia masa tu dia datang ke Malaysia dan memperkenalkan rekaan tudungnya bersama dengan Yuna . Tengok dalam tv je lah . Kang kalau ta explain , mesti korang ingat bella jumpe dy depan depan . aha ! seriously , shawl dy menjadi ikutan remaja sekarang . Betul . Kadang kadang , mesti korang sanggup dok geledah ENCIK YOUTUBE kan sebab nak cari cara memakai selendang macam tu . Elleyh , ta ya tipu , i pung same you :') 


Lagi satu artis yang menjadi ikutan dalam berhijab . Agak agak siapa ? Korang mesti tau kan . Kalau na kelua dating ke , pergi kelas ke , pergi bersiar siar ke , ta pun na keluar dengan kawan kawan , mesti korang nak pakai selendang ala ala YUNA kan ? Kalau dapat pakai shawl cara macam dy , meletup letup penampilan korang . vouge the vass gitu . Meh kite tengok sikit cara dia dalam berhijab . Siapa kata kalau kita bertudung kita ta boleh nampak cantik ?












GAMBAR : CREDIT TO ENCIK GOOGLE SEKALI LAGI :')


Memang antara fesyen dengan remaja tidak  dapat dipisahkan  . Tetapi , pernahkan anda terfikir untuk berhijab dengan sempurna ? Maksud saya , berhijab dengan mengikut batas batas agama ?
mungkin seperti ini ?



Saya juga bertanya diri saya sendiri , bersediakah saya mengambil keputusan unuk berubah ? Insyaallah suatu hari nanti . Semoga pintu hati saya terbuka untuk ke arah ini :') 
Ingatlah : Semua orang berhak menetukan kehidupan , ke arah mana mereka inginkan . Mungkin  mereka sudah memasang azam  mengiginkan menjalani kehidupan ke arah lebih baik cuma belum bersedia untuk melangkah ke arah itu :') 


Hanya anda yang berhak menetukan apa yang anda inginkan . Sekadar berkongsi rasa hati saya . Tiada kene mengena dengan sesiapa . Saya bercerita berdasarkan apa yang terdetik di hati dan naluri saya :') kebaikan anda dan saya dikongsi bersama .



Sunday, February 19, 2012

:') + ;'( = :'/

Assalammualaikum :')


Tentang perasaan . itu saja yang boleh gambar kan dekat diri Bella sekarang ny . Masa tengah buat entry ny pun , air mata saya mengalir macam tu je . sambil dengar lagu tentang perasaan daripada salah seorang rakan blogger , cik ikin .  * lagu blog ikin pengaruh vanilla coklat ny . Sedih sangat kenapa ny Bella sayang ? Ntahlah . makin galak air mata aku keluar . 


Betul cakap orang , jangan galak sangat ketawa . Nanti menangis kan ? Ohh , betul rupanya . * aku tau tu . aku buat ta tau je 
Sabtu ahad lepas aku galak sangat kan . hu ha sana , hu ha sini . ye lah , ade orang yang layankan kerenah mengada aku . ada orang pujuk aku bila aku nangis * correction . buat buat nangis sebab na perhatian ;') Perangai mengada tahap gaban aku keluar *tapaya na meluat ea . puk kang . Aku bahagia . Alhamdulillah Tuhan atas kebahagiian ini . Dapat berbagi rasa dengan dia . Pertemuan dengna orang seperti dy membuatkan aku lupa yang aku selalu menagis kerana sakit dengan lelaki lain . 


MUHAMMAD AKMAL AMSYAR * Betul ke tak eja nama ny 
Sepanjang kita kenal , dia banyak ubah aku . Aku tau , aku degil , keras kepala , asyik na orang dengar cakap aku jee . Macam macam perangai aku dah buat *kalau lelaki lain mesti dah cakap bye bye Aku akui , dy lebih banyak makan hati dengan aku . Aku jarang nak mintak maaf kalau aku buat salah . Betul . Selalu aku perhatikan , kalau aku buat hal , lepas tu aku sendiri menangis , dy pulak yang mintak maaf sebab buat aku nangis . Padahal salah aku sendiri * oke sweet :') thehe 


Sejak dah besar besar ny , dah na masuk 20 annn * berangan besar aku dah janji dengan diri aku ta na perangai macam budak budak kecik . Tapi entahlah , aku ta bole buang weyh perangai kanak kanak ribena ny . Dah sebati kod . aiyokk . haha . Nak kata besar sangat ny , tidaklah . Aku paling ta suka denga satu perangai yang ta boleh aku ubah . Pemalas na mengemas aku ny . Kerja rumah aku jarang buat *bukan jarang , tersangatlah jarang Macam mana nak jadi puan ny ? baru jadi cik dah malas . Jadi puan macam mana entah eak :D hihi .


Kang , aku ny mula je na merepek ny . Baik stop dulu ea . Actually kan , kan kan , aku ta mandi lagi since malam tadi . hewhewhew . Hebat kan :D Tau dah . anda orang ke puluhpuluhribu yang puji . Aww *blushing makan dah , tidur banyak kali dah , rindu dy dah , nangis dah , semua dah . Kira halal lah kan mandi lambat . Thehe . okay , lebiuu semua . Nah amek ny kiss daripada orang ta mandi lagi , MUAHMUAH . 





Friday, February 17, 2012

10 Petanda Dia Jodoh Kita

* Perkongsian pada hari Jumaat ini .




“Cinta ialah iradah Tuhan, dikirimnya ke dunia supaya tumbuh. Kalau ia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyiksa orang lain. Kalau ia datang pada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, ia akan membawa kerosakan. Tetapi jika ia hinggap di hati yang suci, ia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada Ilahi.” (Hamka)


Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)






Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
 Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
 Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
 Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
 Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
 Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
 Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
 Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
 Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


* No 9 & 10 bagi saya paling penting :') thehe .
.9.Kata hati


Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa

.10.Solat Istikharah dan Tawakkal


Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya
SUMBER : Copy & paste setelah telihat dan tertarik dengan artikel ini dalam sebuah laman sosial . sekadar berkongsi . terima kasih :')