Cik Nurul Nabila :')

Cik Nurul Nabila :')

Thursday, February 23, 2012

Perkahwinan di usia muda :')

Assalammualaikum :')


KAHWIN MUDA ? BERSEDIA ?


Macam yang kita dapat tengok sekarang , ramai pasangan pasangan muda mengambil langkah untuk kahwin awal . Masa study dekat universiti pun dyorang dah ambil keputusan untuk mendirikan masjid . Wah . Seriously saya sangat bangga dengan korang . Alhamdulillah .Tapaya na couple bertahun tahun and kalau ta rasa serasi putus jugak . Membazir kan ? Indahnya bercinta lepas kahwin . Kan kan ?




Kita mampu merancang . Tuhan menentukan . Kalau rezeki kita cepat untuk kahwin . Bila bila pun sampai jodoh . Kalau Tuhan tentukan jodoh kita cepat ke lambat , kita hanya mampu berusaha :') hikhik . Kalau na cakap pasal isu kahwin cepat ini , korang teringin ke ? I teringin jugak , tapi i tau , i ta mampu *euirr , gedik .

Kita kene ingat , kalau kita kahwin muda bukan sebab na ingat seronok je . banyak tau kita kene fikirkan . Antaranya :


Macam mana nak beri nafkah pada isteri masa belajar ?
FIRMAN ALLAH S.W.T : “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” – (An-Nur:32)


Macam mana nak cari modal majlis perkahwinan masa belajar ?
SABDA RASULULLAH S.A.W : “Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya.” – (H.R. Thabrani)


Tidak terlalu awal untuk berkahwin ?
SABDA RASULULLAH S.A.W : “Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi.” – (H.R. Tirmidzi dan Ahmad


Bersediakan untuk saya kahwin awal ?
Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya..”


Macam mana restu ibu bapa ?
UMAR BIN AL - KHATTAB R.A BERKATA : Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka.” – (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)






Perkahwinan di usia muda ta mudah , namun ta susah . Asalkan kita pandai mengimbangkan masa , kehendak , keperluan . It's okay dear kalau awak na kahwin awal . Pandai pandai menyesuaikan diri dengan status yang disandang sebagai isteri orang . Kita boleh buat kalau kita nak kan ? 








Tapi , awak perlu tahu , kahwin awal bukan sekadar menyatukan cinta antara dua hati sahaja , tapi awak kene fikirkan bagaimana nak mengharungi masalah dan dugaan berumah tangga ny . Nak kene fikir belanja dapur , kalau dah ada anak kene beli keperluan anak , kemas rumah , memasak , jaga anak , bahagiakan keluarga . Amacam ? Sedia ke tidak  ? 


Apa pun keputusan dan pilihan anda , selalulah meminta petunjuk yangMaha Esa :')



No comments:

Post a Comment