Cik Nurul Nabila :')

Cik Nurul Nabila :')

Thursday, December 1, 2011

UNTUK AKU , BUAT KAU

Aku buat entry ny khas untuk kau . Ya , hanya untuk kau . Maaf kalau menyakitkan hati kau . Mengguris perasaan kau . Sesungguhnya aku ta berniat untuk menyakiti kau . Maaf Bella terpaksa ber AKU dan ber KAU . Itu lebih selesa . Ya , hanya aku yang tau ape yang terbaik untuk aku .

Patutkah aku gembira di saat kau sedih ? Kau sedih ke ? Bukan kau ta de perasaan ? Perasaan hormati kaum wanita ? Maaf kalau kenyataan aku ini buat kau marah . Kau masa lalu aku . Aku akui kau pernah gembirakan aku walaupun sekejap . Ya , aku yang kedua . Bukan yang pertama . Pada mulanya , aku malas untuk bercakap mengenai kau . Tapi , aku teringin untuk mencurahkan sedikit rasa hati aku pada kau . Kau pernah bahagiakan hidup aku . Pelangi indah ketika itu milik aku walaupun aku hanya sebagai kekasih yang ta dianngap . Perempuan itu . Dia yang pertama . Aku perampas . Aku merampas kau daripada dia . Salahkan aku ? Salahkah tindakan aku itu kalau itu kehendak lelaki itu sendiri ?

Dulu , kau pandai ambil hati aku . Aku akui kerana itu , aku terpaut pada kau . Dengan sangat mudahnya bukan ? Aku bodoh masa itu . Aku membenarkan hati aku ada pada lelaki seperti kau . Aku ta salahkan diri kau , aku turut salahkan diri aku kerana kebodohan ku . Kini , aku bahagia dengan kehidupan aku . Kehidupan baru aku yang membuatkan aku mengenal erti kasih sayang dan menyayangi orang yang tepat . Aku ikhlaskan apa yang kau buat pada aku walaupun aku terpaksa . Itu antara aku , kau dengan Tuhan . Aku ta mampu untuk putar balik masa . Biarlah yang lalu berlalu pergi . Jauh . Jauh daripada hidup aku . Aku ta suka untuk ingat balik . Terima kasih pada kau kerana jadi separuh daripada hidup aku dulu . Itu dulu . Sekarang ?

Tapi , tadi , aku nampak kau bukan lagi dengan perempuan itu . Perempuan yang dulu kau sayang , yang pernah aku rampas kau daripada dia . Semudah tu kau ubah fikiran untuk meniggalkan dia ? Bukankah kau sangat menyintai dia ? Aku hairan . Aku fikir kau dan dia akan bertahan lama . Sebab tu aku ambil keputusan untuk berundur daripada kebahagiaan kalian .  

Semasa aku nampak kau bukan lagi berhubungan dengan perempuan itu , aku bertanya pada diri aku sendiri . Patutkah aku gembira ? Gembira atas kesedihan perempuan itu kerana kau telah tinggalkan dia ? Aku tiada perasaan ke ? Aku akui , dulu , aku selalu inginkan kau dan dia jadi seperti sekarang . Memang itu yang aku nak . Sekarang , tidak lagi . Aku selalu harapkan kalian bahagia seperti aku sekarang . Aku bahagia ? Ya . terlalu bahagia . Tuhan kurniakan aku lelaki seperti dia untuk aku melupakan lelaki seperti kau . Kejam kah aku ? Aku hanya wanita biasa , penuh dendam . Dendam terhadap lelaki kerana kau . Kerana kau aku menghukum kaum lelaki . Tapi , Tuhan menyedarkan aku yang lelaki tidak sama . Tidak semua lelaki seperti kau .

Di saat aku mencoretkan rasa hati aku ini , aku tertanya tanya , benarkah kalian sudah tidak bersama lagi ? Aku hairan . Apa yang terjadi pada kau dan perempuan itu ? Aku rasa kasihan dengan perempuan itu kerana bagi aku , dia sangat mencintai kau . Air mukanya jelas menunjukkan begitu . Apa kau tidak memikirkan  apa yang dia rasa ? Kau ambil peduli ? Atau kau hanya suka suka ? Adakah silap dia kau berubah seperti ini ? Salah dia ? Atau salah kau ? 

Aku selalu mengikuti setiap perkembangan kau dengan si dia si laman sosial . Aku suka melihat kemesraan kau dan dia , walaupun aku dulu pernah sakit hati melihat kemesraan itu . Aku sudah menjangka kau akan berubah fikiran setelah kau tidak belajar dan bersama sama dengan perempuan itu lagi . Kau dan dia telah berasingan , jarang berjumpa bukan ? Aku boleh agak kau sudah berubah hati dan terpaut pada yang lain . Itulah kau . Aku masak dengan perangai kau . Aku mampu mengagak berapa ramai perempuan di luar sana bertepuk tangan gembira dengan perpisahan kau . Aku mulanya ingin berbuat demikian . Akan tetapi , aku tidak mampu kerana aku takut Tuhan akan ambil segala kebahagiaan milik aku sekarang . Ta perlu aku sebutkan nama . Aku tau siapa diantaranya . Mereka seperti aku , pernah menjadi yang kedua antara kau dengan dia .

Selepas ini , aku dan kau ta perlu na bermasam muka . Kita masih sahabat . Aku tau aku tidak berhak mencampuri urusan peribadi kau . Benar , sahabat . Lupakan segala kisah lalu  Aku mohon kau maafkan aku atas kertelanjuran kata kata aku kepada kau . Maaf juga aku pohon kerana aku tidak berniat untuk membuka kejahatan kau . Aku hanya sekadar meluahkan apa yang aku rasa kerana aku masih prihatin terhadap kau sebagai sahabat . Aku ikhlas .

No comments:

Post a Comment