Cik Nurul Nabila :')

Cik Nurul Nabila :')

Sunday, February 6, 2011

8 KUNCI PERSAHABATAN !

MONDAY , 07 FEBRUARY 2011




BEST FRIEND pastinya terletak pada sudut PALING ISTIMEWA dalam diri korang . Kehadirannya bukan sahaja MENCERIAKAN hari - hari korang . Namun , BEST FRIEND juga akan tetap BERADA DI SISI di kala korang berada dalam KEADAAN BERDUKA . Telah menjadi LUMRAH DUNIA , dua individu yang berbeza pasti memiliki personaliti dan keperibadian yang berbeza - beza antara satu sama lain . Adakalanya , MEMBINA DAN MEMPERTAHANKAN FRIENDSHIP memang tak mudah  seperti yang disangkakan . Tetapi tidak bermaksud korang TAK PERLU BERUSAHA untuk MEMPERTAHANKAN FRIENDSHIP yang telah sekian lama terjalin itu . Berikut adalah 8 KEYS BFF yang perlu korang pegang dalam usaha membina perhubungan persahabatan yang sihat .....



1.) BERSIKAP TERBUKA .....
Bersikap terbuka adalah satu landasan penting yang harus dikuasai oleh korang dan sahabat . Bagaimana korang boleh membina persahabatan yang sihat jika di dalam hati korang , masing - masing ada menyimpan rasa dendam atau bersalah antara satu sama lain ? Berbincanglah dengan sahabat tentang apa jua masalah yang mengganggu hubungan persahabatan korang dengan terbuka . Pilihlah waktu yang tepat untuk berbincang tentang masalah itu .....



2.) SETIA DI SISI .....
Memang sakit jika hati kita disakiti seseorang . So , kalau korang tidak mahu diri disakiti , pastikan korang tidak melakukan perkara yang sama kepada orang lain . Begitu juga dalam ikatan sebuah persahabatan . Layanilah sahabat seperti mana korang ingin dilayani olehnya . Jadi , bila korang ingin sahabat ada di samping korang di saat korang sedang bersedih , korang perlu melakukan perkara sama terhadapnya terlebih dahulu .....



3.) TIADA YANG SEMPURNA .....
Tiada seorang pun di muka bumi ini perfect . Korang perlu sedar tentang hakikat ini . Jadi , korang perlu ada bersikap saling menerima kekurangan antara satu sama lain kerana inilah kunci persahabatan yang baik . Tapi bukan beerti korang tidak boleh mencuba untuk membantu sahabat memperbaiki kekurangan yang mungkin ada dalam dirinya atau sebaliknya . Malah , korang juga harus sedia menerima kritikan yang membina pada bila - bila masa .....



4.) SALING MENGHARGAI .....
Hargailah pendapat satu sama lain . Saling berbeza pendapat itu memang wajar . Walaubagaimanapun , korang perlulah bijak berkompromi dengan sahabat setiap kali perbezaan pendapat yang timbul antara korang .....



5.) SALING MEMERLUKAN .....
Sahabat bukanlah orang yang akan mendampingi korang selama 24 jam dan 7 hari seminggu . Dalam sebuah persahabatan korang boleh mengibaratkan hubungan tersebut seperti korang sedang menggenggam pasir dalam tangan . Jangan sesekali terfikir untuk menjadikannya sentiasa berada dalam genggaman korang . Sahabat juga mempunyai kehidupan sendiri . Jadi , jangan la pula berasa tersisih ketika sahabat sedang sibuk dengan keluarganya ataupun rakan - rakannya yang lain .....



6.) SALING BERKOMUNIKASI .....
Sound so cliche ? Sudah tentu ! Namun , perkara ini memang sangat penting dalam sebuah friendship . Ada kalanya , maksud baik korang boleh disalah ertikan oleh sahabat . Kunci untuk mengatasi permasalahan ini dari berlaku adalah dengan mengamalkan cara berkomunikasi dengan betul . Ia diibaratkan seperti sebutir berlian yang dibalut dalam sehelai kertas buruk , namun isinya tetap berlian yang berharga . Jadi , untuk jadi yang terbaik korang perlu menggantikan pembungkus berlian itu dengan sebuah kotak yang lebih menarik . Haaaa , itulah perumpamaannya .....



7.) SALING BELAJAR MEMPERBAIKI DIRI .....
Saling belajar antara satu sama lain pasti boleh menjadikan hubungan korang terjalin dengan lebih sihat . Malah , ia juga baik untuk perkembangan keperibadian korang . Contohnya , jika sebelum ini , korang adalah individu yang sangat gemar memungkiri janji , kini kebiasaan itu secara perlahan -lahan telah terhakis kerana sahabat korang memiliki sifat yang bertentangan korang . Bahkan , sahabat pasti akan membebel kepada korang jika sikap buruk itu korang ulangi . Demikianlah sebaliknya . Boleh jadi kebiasaan sahabat yang suka membuang sampah merata - rata tempat juga telah hilang kerana korang telah membiasakannya untuk membuang sampah di tempat yang betul .....



8.) RASIONAL .....
Jangan biarkan hubungan persahabatan korang menjadi renggang disebabkan kehadiran seorang lelaki . Korang berebutkan boyz yang sama ? Oh , tidak ! Jangan disebabkan masalah ini , hubungan persahabatan korang yang telah sekian lama terjalin itu terputus di tengah jalan . Relax la , kumbang bukan seekor , jadi tidak perlu berebut rebut sehingga tercetusnya pergaduhan antara satu sama lain .....









No comments:

Post a Comment