Cik Nurul Nabila :')

Cik Nurul Nabila :')

Sunday, April 24, 2011

SAHABAT : ''GIRLS'' VS ''BOYS''

Berfikirlah secara positif dan percaya pada hakikat persahabatan yang sebenar . Itulah PRINSIP DAN ETIKA persahabatan yang sebenar yang harus korang titik beratkan dalam pergaulan seharian :)

Jadi , tidak perlu MENGELAK atau MEMANDANG SERONG terhadap hubungan persahabatan yang tak sejantina . LELAKI DAN PEREMPUAN ? Sesiapa sahaja BERHAK MENJADI SAHABAT korang . Hanya korang sahaja yang boleh menilai sejauh mana KESERASIAN DALAM SESEBUAH PERSAHABATAN YANG TERJALIN  . Apa yang pasti , dalam perhubungan persahabatan itu , ADA BEBERAPA PERKARA YANG PERLU DITITIKBERATKAN .

WAJIB BACE YANG NIE TAU :)

SALING MEMAHAMI
Kalau korang na tau , hubungan persahabatan itu terjalin atas dasar saling mempercayai dan saling memahami di antara satu sama lain . Jadi , ta kisah sama ada korang bersahabat dengan lelaki atau perempuan . Apa yang paling penting , sikap saling mempercayai antara satu sama lain harus ada :)

KEJUJURAN
Sahabat yang berlawanan jantina ini perlu diketahui dan diperkenalkan kepada pasangan anda . Ini bagi mengelakkan timbulnya perasaan curiga . Walau bagaimanapun , sahabat yang berlawanan jantina ini banyak membantu khususnya sewaktu hubungan korang dan si dia dilanda masalah . Sekurang kurangnya korang ada tempat untuk berkongsi rasa dan si sahabat juga boleh membantu korang dengan cara memberi pandangan dan pendapatnya . Jadikan sahabat sebagai individu yang dapat membantu korang memecahkan masalah dan bukan bergantung :)

ETIKA
Untuk memastikan hubungan korang itu benar benar berjaya , sebaik baiknya korang berpegang teguh pada batas dan etika dalam pergaulan di dalam sebuah hubungan persahabatan yang sedia terjalin . Sebagai langkah keselamatan dan sekaligus menjaga hati pasangan agar tidak berperasaan curiga terhadap hubungan akrab korang dengan sahabat , korang perlu bersikap terus terang ! Sebaik baiknya , libatkan pasangan korang dalam setiap perbincangan dan perkara yang ingin korang bincangkan bersama sahabat agar si dia tidak berasa tersisih atau diabaikan :)

BERKONGSI
Setiap kali korang dilanda masalah , jangan pula korang terus mencari sahabat sebagai rujukan . Sebaliknya , korang perlu merujuk setiap masalah yang dialami itu dengan pasangan . Namun , jika tidak dapat mengelak atau korang rasakan si sahabat lebih memahami dan korang masih perlukan pandangan sahabat , sebaiknya korang jadikan sahabat itu sebagai rujukan kedua . Untuk mengambil hati pasangan , korang kongsi masalah yang membebani korang itu dengan pasangan terlebih dahulu . Setelah pasangan selesai memberi pandangan , barulah korang bertanyakan kepada sahabat pula . Ingat ya , jangan pula membandingkan pendapat yang diberikan oleh sahabat dengan BF/GF korang itu . Cara tersebut boleh mendatangkan masalah dalam hubungan korang nanti :)

BERHATI - HATI
Kalau korang nak tahu , hubungan persahabatan yang memiliki perasaan istimewa nyata boleh dikesan sejak awal perhubungan lagi . Individu yang memiliki rasa sayang kepada sahabatnya boleh dikesan kelainannya melalui gerak geri , cara dia memandang , kata kata yang dilafazkan dan sedikit sebanyak individu itu akan menunjukkan sikap yang terlalu berharap kepada sahabat . Jadi  korang harus memperbetulkan niat dan matlamat korang dalam persahabatan itu . Jangan ambil kesempatan  atas kebaikan sahabat korang . Sebaiknya periharalah hubungan itu agar kekal sebagai sahabat sejati :)

Ada kalanya , korang juga perlu menjaga hak peribadi masing masing . Jangan terlalu sibuk dengan masalah sahabat sehinggakan sahabat boleh jadi naik rimas dengan korang di saat dia inginkan waktu bersendirian . Korang juga tidak  perlu menetapkan rutin harian untuk bertemu sahabat pada setiap hari , sebaliknya korang boleh menemui sahabat di saat masing masing perlukan teman untuk berbual atau berkongsi aktiviti bersama sama . Malah , korang harus sedar bahawa tidak semua hal boleh diceritakan antara satu sama lain :)

BATAS
Ada antara topik topik tertentu tentang perempuan yang boleh dibawa berbincang dengan sahabat lelaki . Khususnya yang melibatkan perkara perkara yang terlalu bersifat peribadi . Tetapi . ada juga perkara yang boleh menimbulkan rasa sakit hati bila dibawa berbincang . Boleh jadi juga sahabat merasakan sesuatu perkara itu agak remeh untuk diajak berbual dan berbincang . Sebaiknya , korang dan sahabat perlulah mengelak daripada timbulnya persoalan demikian . Sifat keterbukaan dan saling menerima kekurangan masing masing adalah perlu dalam usaha meneruskan persahabatan ini :)

Dalam situasi ini , kejujuran memainkan peranan yang penting agar korang tidak terlalu bergantung dengannya disamping tidak mengganggu hubungan korang dengan si dia . Lantaran itu , batasan batasan ini perlu digariskan dengan sebaik mungkin . Malah , batasan batasan yang digariskan itulah bagi memastikan bahawa korang tidak terjerat dengan MAINAN PERASAAN kelak :)

LALU LALU LALU :) LALUAN UNTUK IKLAN PENAJA :)

NY SEKADAR UNTUK KONGSI KONGSI ILMU JEE :)
Biela bace bende ny , lepas tu teringin nak share dengan korang :)
sebab ape , situasi ny kan jadi kat semua orang kan ? termasuk biela ! hihi :)
So , korang kene lah amek perhatian tentang perkara ny eah :)

SALAM SAYANG :)
NURUL NABILA

No comments:

Post a Comment