Cik Nurul Nabila :')

Cik Nurul Nabila :')

Thursday, January 27, 2011

PLEASE , FORGIVE ME !




FRIDAY , 28 JANUARY 2011

Korang mungkin pernah ''BERSUMPAH'' tidak akan memaafkan sahabat korang atas segala KESALAHAN yang dilakukan . Namun , apabila difikirkan semula , TIDAK ADA UNTUNGNYA BERBUAT DEMIKIAN ! Memang MEMAAFKAN orang yang dianggap sahabat bukan SENANG DAN MEMERLUKAN MASA YANG PANJANG tetapi tunggulah keadaan diri korang reda dan bertindaklah secara waras ! MEMAAFKAN BOLEH MENGUBATI SAKIT HATI YANG MEMBEBANKAN FIKIRAN dan jika KESALAHAN ITU BERPUNCA DARIPADA KORANG , cubalah teknik - teknik yang berikut bagi memperbaiki persahabatan yang sedang dilanda krisis besar .....




KATA MAAF .....
Usah berat mulut untuk mengatakan maaf kepada sahabat walaupun perkara yang dilakukan secara tidak sengaja tetapi tetap menyakitkan hati sahabat . Seandainya sahabat masih enggan memaafkan , korang jangan mudah menyerah kalah . Yang penting , korang ikhlas untuk melakukannya . Tunjuk rasa tanggungjawab dengan memperbaiki keadaan supaya keadaan supaya dia benar - benar melihat kesungguhan korang meminta maaf .....



CARA SEDERHANA .....
Tidak perlu korang meminta maaf dengan ayat yang panjang lebar . Pilih kata - kata yang simple tetapi mengekspresikan permintaan maaf secara tulus . Contohnya ,
''SORRY , saya tidak sengaja menyinggung perasaan awak semalam '' .....


BERIKAN WAKTU .....
Sahabat juga memerlukan waktu untuk mempertimbangkan kata - kata maaf daripada korang dan mengambil langkah sepatutnya . Jadi , jangan beranggapan sahabat boleh menerima kata - kata maaf korang pada bila - bila masa sahaja dan korang perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang terburuk . Lebih baik korang tunggu sampai emosinya sudah kembali stabil . Jika belum ada tanda sahabat ingin memaafkan , cuba minta sedikit masanya untuk duduk dan berbincang tentang masalah yang dihadapi korang dan sahabat . Mana tahu setelah luahan perasaan ini , hubungan korang dan sahabat bertambah akrab .....


JAGA BAHASA TUBUH .....
Manfaatkan masa jika sahabat bersetuju bertemu dengan korang .Tunjukkan yang korang benar - benar ingin memohon maaf darinya dengan hadir di tempat - tempat  yang dijanjikan dengan lebih awal . Tunjukkan nilai positif dalam perbualan dan terima seadanya luahan perasaan sahabat korang . Jagalah bahasa tubuh korang agar tidak memburukkan lagi keadaan .....


BERSEDIA DENGAN SEGALA KEMUNGKINAN .....
Selalu ada kemungkinan saat berbincang bersama sahabat pasti tidak mudah . Luahan kata -kata sahabat sudah cukup pedas apatah lagi kesalahan itu bepunca daripada korang sendiri . Belum lagi apabila emosi mula mengambil alih peranan pemikiran korang . Peruntukkan masa untuk berbincang tetapi jika keadaan masih lagi panas , nampak seperti tiada penyelesaian , maka cuba hentikan perbualan dengan cara yang baik dan tundakan perbincangan . Apabila masing - masing sudah reda , bolehlah kembali dibawa berbincang secara aman .....


JANGAN MENUDING JARI .....
Saat ini korang bukan hendak mencari siapa yang benar , siapa yang salah . Jika terus begini , tidak akan ada kesudahan . Masing - masing dengan ego dan tiada siapa mahu mengaku bersalah . Di sini , persahabatan lebih penting dari sifat ego korang . Cuba belajar dari kesalahan dan mengaku bersalah kerana bergaduh sesama sahabat hanya satu aktiviti yang sangat membuang masa dan memenatkan .....


BELAJAR DARIPADA KESILAPAN .....
Setelah apa yang korang lakukan tetapi tidak dimaafkan juga ? Baiklah korang sedar diri dan melangkah pergi dari kehidupan mereka dan menerima keputusan dengan hati yang terbuka . Yang penting , korang perlu belajar dari kesilapan dan jangan mengulangi perkara yang sama dan cuba perbaiki keadaan agar menjadi lebih baik . Walaupun tidak diterima lagi oleh sahabat , teruskan hari - hari korang dengan senyuman . Masih banyak lagi sahabat yang berada di luar sana .....



 (BENARKAH )
SORRY IS SEEM TO BE THE HARDEST WORD ?







No comments:

Post a Comment