Cik Nurul Nabila :')

Cik Nurul Nabila :')

Sunday, January 23, 2011

FRIENDS 4 EVA ( I'M EVERYBODY 'S FRIEND )


MONDAY , 24 JANUARY 2010  


Memiliki KENGKAWAN RAPAT atau ''GENG'' memang wajar di ZAMAN REMAJA . Tetapi , jika berkawan dengan SESIAPA SAJA TANPA TERIKAT dengan golongan ''TERTENTU'' juga seronok untuk dicuba . Nak tahu apa SEBABNYA ? Jom kita sama - sama semak .....



KENAPA ?
* Kerana tidak terikat dengan ''GENG'' atau kawan - kawan tertentu , korang akan mungkin mudah terasa bosan kerana asyik berjumpa dengan orang yang sama sahaja .....

PERGAULAN LUAS !
* Sentiasa bersama ''GENG'' sehingga menjadi begitu akrab sampai terlupa orang lain di sekeliling dan malas untuk bergaul dengan orang lain . Apabila tidak mempunyai ''GENG'' bermakna korang tidak terikat dan mempunyai banyak kesempatan untuk bergaul dengan sesiapa sahaja . Pergaulan korang menjadi semakin luas dan akan mengenal pelbagai sifat keperibadian kengkawan lain .....

TAMBAH PENGETAHUAN !
* Jika korang bijak berkawan dengan semua orang bererti banyak pengetahuan yang diterima secara tidak sengaja . Mana tidaknya , mesti kengkawan akan bercerita pelbagai topik , tidak kiralah menggembirakan atau cerita duka . Ramai kengkawan bermakna banyak aktiviti yang korang bakal terlibat . Hurmm , tidaklah korang boring kerana hanya melakukan satu aktiviti yang sama berulang kali .....

SAYA BEBAS !
* Alaaa , nama pun ''GENG'' , mestilah ada rules nya , kan ? Harus memakai baju sama - sama , tidak boleh bercouple dengan boyz tertentu , dan banyak lagi lah yang ditetapkan , tapi , jika tidak terikat dengan sesiapa , semua peraturan ini dimansuhkan . Korang bebas berkawan dengan cara apa pun sesuai dengan keinginan .....





NIE DAH MELAMPAU .....
Masalahnya jika korang ta terikat dengan mana - mana ''GANG'' pun boleh menjadi ''ALIEN'' dalam pergaulan jika :


MENGHINA .....
* Setiap orang mempunyai pilihan masing - masing dalam bergaul . Jika korang mahu kengkawan lain hormat pendirian korang yang ta mahu join mana - mana ''GENG'' , korang juga perlu menghormati kengkawan yang lebih senang dengan ''GENG'' sendiri . Tidak perlu menghina selagi persahabatan mereka masih memberi impak positif pada dirinya .....

MENYENDIRI SEPI .....
* Hei , jangan kerana tidak suka terikat dengan ''GENG'' membuatkan korang lebih pasif dan suka menyendiri . Tujuan korang tidak join mana - mana group ''GENG'' adalah untuk bergaul bebas dengan dengan ramai orang dan bukan untuk menyendiri .....

DOUBLE GENG .....
* Jika korang memutuskan untuk tidak terikat dengan sesiapa ia tidak bermakna korang boleh menyertai lebih daripada satu ''GENG'' . Walaupun niat korang hanya untuk menambah kenalan tetapi kesannya agak negatif dan boleh dianggap sebagai pengkhianat . Korang juga akan susah nanti ! Ta begitu ?



* (GARIS PANDUAN ) *

Kunci sukses untuk tetap bertahan tanpa ''GENG'' dan boleh bergaul dengan kengkawan lain adalah :

NEUTRAL .....
Korang boleh rapat dengan mana - mana ''GENG'' . Tak salah nak berkawan dengan sesiapa pun , tetapi jika ada permusuhan di antara satu ''GENG'' dengan ''GENG YANG LAIN '' , korang harus bersikap atas pagar dan tidak menyebelahi mana - mana pihak dan wajar menjalinkan hubungan baik antara kedua - dua belah pihak ....

JAGA RAHSIA .....
Mungkin disebabkan cara dan sikap korang membuatkan kengkawan mempercayai diri korang . Walaupun korang mengetahui sesuatu rahsia daripada ''GENG'' yang lain , tetapi nie tidak bermakna korang harus menjadi ''mulut longkang'' . Apa yang perlu ialah tetap menjaga rahsia mereka .....

TUTUP MULUT .....
Simpan sahaja semua cerita yang berbentuk keburukan dan cacian yang diketahui . Lagipun , nie bukan urusan korang untuk masuk campur . Buat apa menjadi duri dalam persahabatan kan ? Mungkin jika korang berterusan mengadu tentang berita buruk yang didengar , ia akan membuatkan orang lain membenci diri korang ! Silap hari bulan , nanti korang akan dilabel sebagai batu api .....

MENGHASUT KENGKAWAN .....
Jika korang tidak mahu terlibat atau terikat dengan mana - mana ''GENG'' , tidak bermakna korang boleh menghasut kengkawan lain supaya keluar daripada ''GENG'' nya . Tapi , jika ternyata ''GENG'' tu memberi impak negatif pada dirinya , korang wajar menasihati .....




 
'' PERSAHABATAN ITU BOLEH DIIBARATKAN SEBUAH CERMIN . TEMPAT KITA MEREFLEKSIKAN DIRI KITA SENDIRI . DENGAN PERSAHABATAN JUGA KITA BOLEH MENGENAL DIRI SENDIRI , BAIK DAN BURUKNYA .''














No comments:

Post a Comment